SEREMBAN: Sebanyak 15,753 aduan kepenggunaan diterima di seluruh negara, termasuk 7,711 aduan menerusi platform Aduan Suri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.
Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata aduan tertinggi menerusi platform Aduan Suri adalah berkaitan transaksi dalam talian sebanyak 2,105 kes diikuti aduan berkaitan harga (1,978 kes) dan perkhidmatan mengelirukan (1,342 kes).
"KPDN turut menerima aduan suri ini dalam kalangan lelaki iaitu hampir 50 peratus, ia adalah saluran paling popular setakat ini dan mudah digunakan. Sebanyak 95 peratus aduan diselesaikan dan bakinya masih dalam tindakan kementerian.
"Di Negeri Sembilan, jumlah aduan direkodkan adalah sebanyak 479 aduan termasuk 217 melalui Aduan Suri, 93 peratus telah diselesaikan dan selebihnya dalam tindakan kementerian," katanya pada sambutan Hari Pengguna Kebangsaan Tahun 2024 Peringkat Negeri Sembilan di Dataran Centrio, Seremban 2 di sini hari ini.
Beliau berkata aduan tertinggi melalui Aduan Suri di Negeri Sembilan adalah berkaitan harga barangan (135 kes), transaksi dalam talian (123 kes) dan perkhidmatan mengelirukan (58 kes).
Pengguna boleh melaporkan sebarang ketidakpatuhan peniaga kepada KPDN melalui pelbagai saluran seperti QR Kod Aduan Suri, WhatsApp ke 019-279 4317 / 019-848 8000, aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN dan portal aduan kementerian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024
Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata aduan tertinggi menerusi platform Aduan Suri adalah berkaitan transaksi dalam talian sebanyak 2,105 kes diikuti aduan berkaitan harga (1,978 kes) dan perkhidmatan mengelirukan (1,342 kes). - BERNAMA
Seorang warga Palestin terkorban diserang polis Israel
Menteri Kesihatan Palestin berkata seorang rakyat Palestin mati ditembak dan lima individu cedera dalam kejadian itu.
AWANI Pagi: 'The Experts' Tampilkan Naskhah Filem Heist Penuh Bergaya
Satu Keluarga, Satu Peluang, Satu Rompakan Terakhir, Filem terbaharu terbitan Astro Shaw ‘The Experts’ sememangnya menjanjikan penonton sebuah kelainan.
Ikuti perkongsian AWANI Pagi bersama pengarah dan pelakon filem ini sendiri dalam merungkai kisah disebalik pembikinan filem ini.
Ikuti perkongsian AWANI Pagi bersama pengarah dan pelakon filem ini sendiri dalam merungkai kisah disebalik pembikinan filem ini.
Lima cedera, bas ekspres rempuh belakang treler
Terdapat seramai 26 orang dalam bas ekspres itu iaitu 11 wanita, 10 lelaki, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang bayi lelaki.
reels test 3
AWANI Pagi: Kelip-kelip Keunikan Biodiversiti Malaysia
Kelip-kelip, satu spesis hidupan yang unik dan menyerikan lagi kepelbagaian biodiversiti kita.
AWANI Pagi bersama pakar kelip-kelip, Dr Wan Faridah Akmal Jusoh dalam merungkai kepentingannya kepada hidupan seharian kita.
AWANI Pagi bersama pakar kelip-kelip, Dr Wan Faridah Akmal Jusoh dalam merungkai kepentingannya kepada hidupan seharian kita.
Thailand umum pengecualian visa kepada 93 negara, rancakkan sektor pelancongan
Pengumuman itu membolehkan pelancong dari negara terlibat memasuki Thailand tanpa visa dan boleh tinggal sehingga maksimum 60 hari.
Hamas sedia meterai perjanjian jika Israel tamatkan perang
Namun ia memberi kata putus sedia untuk memeterai perjanjian, termasuk berkaitan pertukaran tahanan, sekiranya Israel menamatkan perang.
Anwar adakan lawatan ke Sabah, Labuan hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan lawatan ke Sabah dan Labuan.
Resolusi dicadang Algeria gagal salahkan Hamas - AS
Vedant Patel berkata, resolusi itu gagal menyatakan bahawa Hamas adalah pihak yang perlu disalahkan dalam konflik Israel-Palestin.
AS sahkan bantuan kemanusiaan ke Gaza tertangguh akibat serangan Israel
Bantuan kemanusiaan AS ke Gaza tertangguh disebabkan serangan Israel. Pentagon juga mengesahkan jeti sementara dibina tentera AS musnah, penghantaran udara terakhir pada 9 Mei lalu.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan
MyCC sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.
Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN
KPDN Sarawak dalam kenyataan berkata mereka masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad.
Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.
Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis
"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau."
Polis tahan kapal kargo bawa 40,000 liter diesel tanpa permit
Tangkapan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 setelah kru kapal itu gagal menunjukkan permit atau lesen yang sah dikeluarkan KPDN.